Welcoming Speech

Selasa, 4 September 2012

Assalamu'alaikum wbt. Dah lama juga tak buat entry untuk blog saya nie. Sebenarnya malas nak tulis entry sejak masuk rumah baru sebab susah nak online kat sini. dah setahun mohon streamyx tak dapat2... padahal fasa satu dlm taman yang sama ada yang dah guna.. entahla semua ini mainan business TMla nie.. apa-apalah..

Dalam dua tahun nie saya diminta mengajar bahasa inggeris untuk tahun 1 dan 2. KSSR.. kurikulum baru.. Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang diperkenalkan ialah bagi menggantikan KBSR yang lama. Perubahan ini selaras dengan dasar MBMMBI yang dilaksanakan oleh kerajaan bermula pada tahun 2011. Secara dasarnya perubahan yang ketara ialah elemen phonetics atau bunyi huruf dan elemen language art atau didik hibur dlm pengajaran bahasa inggeris. elemen grammar atau tatabahasa hanya akan mula diperkenalkan mulai tahun 3 hingga tahun 6.

Berdasarkan pengamatan saya, elemen phonetics ini agak sukar dilaksanakan sekiranya murid belum terdedah dgnnya sejak dari awal lagi. Kita beruntung kerana Pra-Sekolah di setiap sekolah kerajaan sudah menyentuh hal phonetics ini secara umum sewaktu murid-murid berada di 5 dan 6 tahun di Pra-Sekolah tersebut. Namun agak sukar bagi muri-murid yang melalui alam pra sekolah di tempat-tempat lain yang tidak mempunyai sukatan pelajaran phonetics ini. Biasanya mereka akan keciciran dan akan terus ketinggalan sekiranya guru tidak memberi perhatian secukupnya pada mereka. Walaupun begitu, harus diingatkan bahawa guru mempunyai lambakan tugas-tugas perkeranian yang terkadang sukar diuruskan menyebabkan mereka sukar memberi perhatian penuh kepada pelajar tercicir ini. Walaupun kerajaan menyediakan LINUS atau kelas pemulihan untuk murid-murid seperti ini, ianya hanya tertakluk untuk pelajaran bahasa melayu dan matematik sahaja.

Saranan saya, ibubapa perlu memainkan peranan dalam hal ini terutamanya mengenalkan anak-anak mereka dengan elemen phonetics pada peringkat awal lagi. Banyak bahan-bahan tambahan yang tercipta diluar sana untuk mengenalkan anak-anak kita dengan elemen phonetics ini. Antara bahan-bahan tersebut adalah seperti berikut:-

1. http://adikbijak.com/promo.pl?MA00850&R0003S
2. http://adikbijak.com/promo.pl?MA00850&RN0002 
3. http://adikbijak.com/promo.pl?MA00850&RN0005 
4. http://adikbijak.com/promo.pl?MA00850&RN0006
5. http://adikbijak.com/promo.pl?MA00850&RN0012
6. http://adikbijak.com/promo.pl?MA00850&RN0017    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan